Saturday, June 11, 2011

part 1


Dhiya…saidatul..
April, 2009
 Dhiya..seorang gadis yang baru belasan tahun, pada tahun ini gadis kecil molek ini akan menduduki peperiksaan SPM dalam bidang sains tulen. Seperti pelajar yang lain, Dhiya mengharapkan keputusan yang cemerlang.
“Alah..Saodah senyum-senyum pulak kau”.  Tegur afiq ketua kelas 5 Kreatif, saat Dhiya melangkah masuk ke kelas.
Saodah adalah nama panggilan untuk Dhiya di sekolah, bukan nama itu sahaja yang menjadi nama samaran Dhiya, Saloma, ketot, Madihah, Saidi, dan banyak lagi la.
“kau, kte senyum salah, masam salah. Tak tahu aku nak buat apa lagi balas Dhiya.
Dhiya memang terkenal dengan kemurahan senyuman nya di sekolah. Sampaikan kawan nya menegur, dia memang suka buat muka kerang busuk. Panas jer hati Dhiya, tapi Dhiya diam kan jer, malas kata nya nak gaduh-gaduh.
Tepat jam 1.10 loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan sesi pagi sudah tamat. Selesai mengemas barang sekolah, Dhiya berjalan ke pintu hadapan sekolah untuk menunggu ayah mengambil nya pulang. Pergi sekolah ayah hantar, balik sekolah ayah ambil sampaikan kawan-kawan Dhiya memanggilnya anak manja.